28.8 C
Terengganu

Belanja PRU Berasingan RM1 Billion, Kos Rasuah RM3 Trillion

KUALA TERENGGANU – Berita Tengah Malam, semalam, sebuah stesen televisyen melaporkan, kerajaan akan membelanjakan RM1 bilion sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan secara berasingan.

Seorang penganalisis politik mengatakan, risiko banjir yang belum tentu berlaku, dijadikan hujah beberapan negeri yang memutuskan tidak membubarkan Dewan Negeri masing-masing.

“banjir belum pasti berlaku, tetapi risiko pilihan raya berasingan sudah tentu melibatkan belanja kerajaan, itu satu pembaziran,” kata Profesor Madya Dr Azmi Hassan.

Seorang pensyarah Universiti Malaya, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, juga dilaporkan pada berita yang sama, senada dengan pengalisis politik itu.

Namun begitu, sebagaimana disiarkan pada beberapa agensi berita terkemuka negara, kos rasuah yang dilakukan oleh pemimpin politik adalah jauh lebih besar daripada belanja semua pilihan raya.

Malaysia mengalami kerugian dianggarkan hampir RM3 trilion dalam tempoh 25 tahun akibat amalan rasuah serta ketirisan dalam pengurusan negara, kata CEO EMIR Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff.

“masalah korupsi atau rasuah merupakan satu gaya hidup masyarakat yang akhirnya akan menghancurkan negara, memiskinkan rakyat sekali gus merompak masa depan negara.

Jika dilihat statistik atau data dalam tempoh 25 tahun kebelakangan ini, purata dua hingga empat peratus duit yang telah hilang daripada KDNK negara (adalah) akibat perbuatan rasuah lebih kurang RM3 trilion, bukan jutaan ringgit, bukan bilion (ringgit).

“Jadi bayangkan kalau kita ada RM3 trilion sekarang, apa yang dapat dilakukan untuk membantu rakyat. Rasuah bukan sahaja memiskinkan rakyat tetapi turut menyumbang kepada isu keselamatan makanan, brain drain selain masalah lain. Perkara ini harus ditangani segera,” katanya dipetik akhbar Sinar Harian.

More articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest article