28.8 C
Terengganu

Hilang Kawalan Di Orbit, Serpihan Roket Angkasa China Bakal Terhempas Ke Bumi

Sekitar 29 April yang lalu, roket Long-March 5B milik China dilaporkan telah berjaya membawa dan melancarkan modul stesen angkasa lepas pertama mereka yang dikenali sebagai Stesen Angkasa Lepas Tianhe.

Setelah selesai tugasan itu, serpihan badan roket ini dilaporkan akan mendarat semula ke Bumi. Namun, kepulangannya bakal menjadi mimpi ngeri setelah portal The Guradian memaklumkan bahawa roket ini mengalami masalah dan hilang kawalan apabila ia pulang memasuki ruang orbit rendah Bumi.

Ini merupakan satu petanda yang buruk apabila serpihan dari roket angkasa milik China ini dijangka akan ‘gugur’ di Lautan Pasifik pada Sabtu ini. Setakat ini, US Space Command melaporkan beberapa serpihan roket telah berjaya dikesan dan berterbangan di udara. Bagaimanapun, lokasi dan waktu sebenar serpihan itu jatuh masih belum dijangka dengan setepatnya.

Pun begitu, kejadian jatuhnya serpihan badan roket dari angkasa ke Bumi sering sahaja berlaku dan biasanya terkawal. Akan tetapi, gugurnya serpihan roket Long-March 5B ini dikatakan di luar jangkaan kerana ia jatuh dalam keadaan yang hilang kawalan.

“Ini adalah sesuatu berita yang sangat tidak bagus. Kali terakhir China melancarkan Long-March 5B juga pernah berlaku tragedi di mana sebatang besi bersaiz panjang dan besar dilaporkan berterbangan di udara.

“Ia terhempas ke Ivory Coast dan memusnahkan beberapa bangunan di sana sehingga menyebabkan kebakaran. Mujur sahaja tiada mangsa yang terkorban,” kata ahli astrofizik di Pusat Astrofizik Universiti Havard, Jonathan McDowell.

Semoga serpihan ini gugur di kawasan yang tidak berpenghuni dan berharap China selepas ini diminta berfikir dengan teliti sebelum melakukan apa-apa perkara yang melibatkan keselamatan penduduk di Bumi.

More articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest article