Perubahan iklim adalah perubahan jangka panjang iklim dalam tempoh masa dari berdekad ke berjuta tahun. Ia boleh merujuk kepada perubahan dalam purata keadaan iklim, keberangkalian keadaan melampau, atau mana-mana bahagian dalam iklim. Dengan kata lain ia termasuk apa-apa perubahan bermusim jangka panjang dalam corak suhu, pemendakan, kelembapan, angin dan musim.
Perubahan iklim boleh berlaku pada rantau tertentu, atau seluruh bumi. Perubahan-perubahan ini boleh berpunca daripada proses-proses dinamik di Bumi, daya-daya luaran termasuk kelainan pada kepanasan cahaya matahari, dan baru-baru ini juga, kegiatan manusia.
Dalam penggunaan terkini, khususnya dalam konteks dasar alam sekitar, istilah “perubahan iklim” selalu merujuk kepada perubahan iklim masa kini (lihat pemanasan global). Untuk maklumat mengenai sukatan suhu melalui pelbagai zaman, dan sumber-sumber data yang ada, lihat rekod suhu. Untuk penyifatan perubahan iklim sepanjang abad yang lalu, rujuk penyifatan perubahan iklim terkini.
Soalan ini begitu banyak diperdebatkan kerana perubahan iklim boleh berlaku disebabkan proses semula jadi dan kegiatan manusia dan juga sistem iklim yang kompleks.
Terdapat bukti baru dan kuat bahawa pemanasan iklim selama 50 tahun lepas disebabkan kegiatan manusia. Ketulan ais yang diambil dari ais purba Antartika menunjukkan tahap karbon dioksida yang tinggi dari 650,000 tahun dahulu. Lebih banyak karbon dioksida di atmosfera bermakna suhu yang semakin panas. Dalam laporan 2007 Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim (IPCC) kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), badan itu menyimpulkan lebih daripada 90 peratus penyebab pemanasan sejak 50-60 tahun adalah disumbangkan oleh manusia.
Sumbangan manusia ini termasuk peningkatan tahap gas yang memerangkap haba (gas rumah hijau) seperti karbon dioksida di atmosfera bumi. Satu cara manusia menyumbang kepada gas rumah hijau adalah dengan membakar bahan api. Contohnya penggunaan arang batu, minyak dan gas asli untuk menghasilkan elektrik, memanaskan rumah, memberi kuasa kepada kilang dan kereta.
Perubahan corak penggunaan tanah menyumbang juga. Pokok dan tumbuhan menggunakan karbon dioksida dan melepaskan oksigen. Apabila pokok dipotong untuk pembangunan, pertanian dan tujuan lain, ia tidak lagi boleh menggunakan karbon dioksida dan melepaskan oksigen. Pokok-pokok ini sebenarnya melepaskan karbon dioksida apabila ia mereput dan dibakar.
Dengan meningkatnya karbon dioksida dan gas rumah hijau lain meningkat, lebih banyak haba terperangkap dan suhu dunia pun naik. Ini menyebabkan perubahan ketara dalam panjang dan pendek musim. – wuki